Sebelum mengikat teguh tali sesebuah perhubungan sebagai tunang seseorang kita haruslah membuat
persediaan yang
lengkap pada diri kita mahupun luaran dan dalaman, cabaran mahupun dugaan....Dan seterusnya kita juga
akan mengambil beberapa langkah untuk ke alam perkahwinan......
Cincin pertunangan
15.Februari.2009 tarikh yang paling aku tunggu masa tu…..iaitu hari pertunang aku dan pasangan .
Dan
pada tarikh tersebut jugalah aku mengalami liku2 kehidupan yang berlainan daripada sebelum nya.
Pertunangan....ini juga yang mengubahkan diriku kepada seseorang yang lebih lagi berani, tabah, tekun,
matang, bertanggungjawab dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan semasa alam tersebut...
Disebabkan aku berminat sangat dengan warna ungu dan pasangan aku pula berminat dengan warna biru
so kami membuat cadangan untuk bertemakan ungu dan biru sebagai hantaran hari pertunangan kami.
Upacara menyarung cincin
Sambil menyarung cincin dan berpantun
Bagi hantaran pihak kami (perempuan) kepada lelaki , keluarga saya membuat 21 Dulang hantaran temasuk
dengan Buah2han , kek, makanan dan barang2.
Balas perempuan kepada pihak lelaki
Buahan2 dari pihak kami kepada pihak lelaki
Tunang ku serta kawan2 nya dari IPK & IPD
Manakala bagi pihak lelaki kepada pihak kami mereka menyediakan 14 Dulang
sahaja temasuk dengan barang2, makanan, dan juga kek.
Kek dari pihak lelaki kepada pihak kami
keseluruhan daripada pihak lelaki kepada pihak kami.
sirih junjung
Majlis pertunangan kami disertakan dengan Majlis Aqiqah dan Majlis Doa Selamat juga......Dan diceriakan juga dengan kumpulan berzikir daripada kampung semarang..
Alhamdulillah kerana majlis ini berjalan dengan lancar......semoga bekekalan selalu....Amin












